tahun ni sebelum puasa hari tu..bapak aku selaku iman surau bercadang nak buat majlis istikarah ramadhan kat surau kg kami....... semua AJK bercadang nak adakan acara persembahan nasyid..... nak kumpul anak2 kampung dlm 7-10 org... bapak aku minta tolong la anak bongsu kesayangan dia nih...apa lagi...anak buah aku kan ramai....tak cukup orang anak2 aku kan ada......hehehe
jangan korang tak tahu.. aku ni bukan reti makan jer... aku reti jugak bab2 lagu nih...
eheheh..ciplak sikit2...jadi la.... ni la kumpulan al-Imran.. dua kat depan tu anak aku...
ni gambar masa latihan........ oleh kerana aku sibuk layan hemper2 nak bg kat para peserta, lupa pulak tak snap photo hari persembahan........
selaku pengurus kumpulan nasyid ni...aku dan kumpulan al-imran dipanggil sekali lagi utk buat persembahan..ehhehehe...... ni nasyid yang aku cadang nak persembahkan utk hari raya ni....... renung2kan....
Puasa kita itulah kembara
Syawal kita itulah destinasinya
Menyemai kerendahan seorang hamba…
Dihari raya….. di dalam jiwa
Membina TAQWA pada yang Esa
Dari Ramadan penuh perjuangan
ketulusan jiwa, kemurnian hati,
Sesuci takbir di pagi Syawal
kembali ke fitrah…kepada Allah!
moga ramadhan dapat keberkatan
Supaya Syawal dapat Kemuliaan
ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR
LAAILAHAILLAHHUWALLAH HUAKBAR
ALLAHHUAKBAR WALILAHHILHAM………
Tika takbir mendayu bergema
hati sayu mengenang akan dosa
ku berdoa selalu kepadaNya
Tuhanku… Ampuni Daku
Ampunilah Dosa-dosa ku
Duhai Teman ku kalau menangis kerna Dosa
Itu tandanya ada sifat hamba
Kalau menangis kerna azab neraka
Itu tandanya ada rasa hina
Kalau menangis kerna rasa hina
Itu tandanya Jiwa yang mulia